Assalamualaikum....
Selamat pagi semua :-). Awalnya ibu ammar tulis new post arini. Nak buat macam mana kan...semangat lebih!. Walaupun hari ini ibu ammar tak berapa sihat...tetap nak ber'post. Tiba-tiba pulak start semalam selsema. Nak cium ammar pun takutttttttttt...takut berjangkit.
Tapi tetap lepaskan geram & rindu....kalau tak dapat cium dekat area muka...ciumlah dekat lain.Haaaaaaaa...cium dekat kepala,tapak kaki,perut,belakang. Mesti ammar cakap 'apahal ibu aku ni...semua tempat dia cium...rimaslah!'.Hehehe.
Sila jangan terasa pelik...tajuk post lain..melalut sampai ke lain. Itulah namanya mukadimah.
Jangan gusar-gusar ya...Ni doa untuk bagi anak-anak kita jadi cerdik dan pintar.
Kadang-kadang kita sibuk duk hantar anak tuisyen lah..kelas tambahanlah. Tak cukup tu...siap panggil cikgu datang mengajar dekat rumah dengan harapan anak kita memiliki tahap genius yang extra.
Tapi kita lupa pulak nak doa...Bila anak tak pandai mulalah marahkan anak.Mengungkit-ngungkit lagi tu....
'Buat penat ibu je pergi hantar dan ambil tuisyen'
'Habiskan duit ibu & ayah je hantar...pandainya tidak'
Padahal silap kita...usaha je lebih..doa tak. So,macam mana nak makbul kan. Mulai hari ini,moh lah kita amalkan doa ni. Tak susah pun. Baca Al-Fatihah sekali,ayat Kursi sekali, dan surah Al-insyirah sekali.Dah siap..(^J^)