awal muharram yang terindah



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Apa khabar? Harap sihat-sihat semua dalam rahmat Allah S.W..T ya. Hari ini dah 14 Muharram bermakna 14 hari juga buku catatan baru kita dibuka. Yang tahun lepas dah tertutup rapat tanpa boleh diubah lagi...macam mana kawan-kawan semua bila direnungkan kembali banyak catatan sebelah kanan bahu atau pun kiri bahu? atau pun tiada masa untuk merenung benda-benda ni semua..tepuk dada,tanyalah hati.

Ibu ammar bersyukur sangat pada Awal Muharram tahun ni...seakan-akan Allah melimpahkan pelbagai rezeki. Perlu diingatkan disini perkataan REZEKI bukan semata-mata merujuk kepada DUIT. Rezeki tu luas maknanya jika kita luaskan pemikiran kita. Rezeki ni termasuklah anugerah zuriat,kasih sayang, ketenangan, berlapang dada, perasaan untuk bertaubat dan mendekatkan diri pada Allah juga dianggap rezeki. 

Ok, rezeki yang ibu ammar maksudkan ialah perasaan untuk membuat amalan-amalan sunat dalam Islam. Sebelum ni ibu ammar tak pernah baca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun. Jahilnya kan..Tapi tahun ni Allah SWT gerakkan hati ibu ammar untuk search doa-doa ni dekat internet then baca selepas asar untuk Doa Akhir Tahun dan selepas maghrib untuk Doa Awal Tahun. Syukur Alhamdulillah...rezeki pertama di Awal Muharram.

Di Awal Muharram ni jugak....ibu ammar mulakan dengan Solat Sunat Dhuha. Dah 27 tahun hidup...tahun ke-27 baru nak bersolat Sunat Dhuha. Amat jahilkan....Hati ni tergerak nak amalkan Solat Sunat Dhuha bilamana adik bongsu kesayangan pernah menyatakan "Solat Sunat Dhuha ni membuatkan kita merasa cukup"..Ibu ammar amalkan setiap pagi, Alhamdulillah hati menjadi tenang sangat..Alhamdulillah Ya ALLAH. Sebelum ni ada jugak tergerak hati nak Bersolat Sunat Dhuha tapi macam-macam alasan yang datang terutamanya bab make up. Biasalah perempuan ni kan..nanti nak ambil wuduk kena bukak tudung,cuci make up semua..lepas solat nak bersiap untuk pakai balik tudungkan. Uhhhhhhhhh...whatever. Ini semua kerja syaitan laknatullah. Tipsnya tekadkan dalam hati..pasti Allah akan memberikan kita kelapangan..

Ibu Ammar jugak berpuasa di 10 Muharram. Korang puasa tak? hehehe...Agak berbangga ya disini!. Bukan berbangga sebenarnya tapi bersyukur, ibu ammar insan terpilih. Allah telah memilih hati ini untuk berpuasa. Pada tahun-tahun sebelum ni..sketsa biasa di hari 10 Muharram. 

''jom breakfast"
"Eeeermmm...tak apalah,saya puasa hari ni"
"Eh, puasa? puasa ganti ek?"
"Tak adalah saya puasa sunat 10Muharram"
"Ooooooooo....%#@*!~"

Alhamdulillah tahun ni dah semakin memahami akan nikmat berpuasa di 10 Muharram tatkala orang lain tak berpuasa terasa seakan-akan Allah sayang diri ini.  Semoga dipanjangkan umur ke tahun hadapan untuk menunaikan puasa sunat 10 Muharram lagi.Amin.

Di tahun baru Islam ni jugak..ibu ammar berdoa sangat semoga Allah membuka pintu rezeki agar ibu ammar dapat melangsaikan sisa-sisa hutang yang masih ada. Takut sangat bila difikirkan soal hutang ni. Takut bila diambil nyawa ni dari jasad...amal yang dilakukan sepanjang hidup ini tidak dapat dihisab.Nauzubillahminzalik...

Semoga Tahun baru Islam ni Allah memberikan kita peluang untuk bertaubat dan memperbaiki hubungan kita dengan Nya. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah..yang buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri. Terima kasih Ya Allah untuk Awal Muharram Yang Terindah!

Sebelum mengakhiri post ni..Marilah kita renungi kata-kata dibawah ni.
JANGAN BERHENTI BERDOA!


 


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome