Lelaki~sebelum kahwin lain~bila dah kahwin lain!

Kenapa tiba-tiba je rasa nak story bab ni ek?.  Mungkin sebab ibu ammar salah seorang dari berjuta-juta wanita yang berpendapat begini. Hehehe…Tipu jer :-)

Entahlah...mungkin ada betulnya ungkapan ini. Tapi cuba kita (wanita) berfikir secara logik kenapa sebelum dan selepas ianya menjadi LAIN. Bukan LAIN sebenarnya tetapi situasi menyebabkan ia sedikit berbeza.

PART 1 ~ ‘BERMESEJ’

Sebelum Kahwin:
"Setiap 1 Jam hantar mesej ucap I LOVE U"

Selepas Kahwin:
"Wife hantar mesej…bukan main liat nak reply. Siap wife bagi warning lagi…kalau tak reply maknanya tak sayang. Hehehe…Lepas tu baru reply"

Tak perlu pun hantar mesej setiap 1 jam untuk wish I LOVE U sebab setiap pagi sebelum pergi kerja si suami dah wish siap-siap sekali dengan extra kiss dahi,pipi,bibir lagi kan..Sebelum kahwin mana boleh buat macam tu.Hehehe.

PART 2 ~ ‘SIKAP’

Sebelum Kahwin:
"Sayang ni cantiklah…abang rasa macam tak pernah jemu tengok sayang. Mata bulat,lubang hidung bulat,bibir bulat. Hehehe.Bla…bla…bla"

Selepas Kahwin:
"Wow cantik giler perempuan tu….kalau dapat yang macam tu memang abang tak keluar bilik lah"

Bukan main tinggi dia puji kan…hati mana yang tak jeles. Tapi percayalah..setinggi mana pun dia puji, isteri tersayang tetap bertakhta di hati. Jadi tak payah lah nak bimbang. Biasalah lelaki bermulut manis kan…Kadang-kadang si suami ni saje je nak uji kita. Kalau rasa tercabar…cubalah jadi macam girl yang husband kita kata cantik tu.

PART 3 ~ ‘MAKAN MINUM’

Sebelum Kahwin
"Setiap hari makan tengahari sama. Makan pulak tak mainlah dekat warung…hari-hari KFC"

Selepas Kahwin
"Jarang sekali boleh makan tengahari sama-sama. Kalau keluar makan pun makan dekat kedai biasa-biasa je…paling grand pun makan nasi ayam"

Kalau bab makan ni konpem 70% berbeza bila dah kahwin. Maklumlah…dulu lelaki tu tak tanggung kita. Memang duit tak habis lah. Sekarang ni…nak beli kosmetik pun kita mintak duit dengan dia kan. So, budget dia dah berubah…gaji yang dapat tu banyak cabang perlu dibahagi.

Gaji sebelum & selepas kahwin sama je…kalau naik pun adalah rm50~rm100.00 setahun kan. Tapi perbelanjaan yang perlu dicover makin bertambah. Kalau ada anak lagi lah kan…untuk pampers,susu,nestum semua dia yang tanggung kan. Jadinya…bersyukurlah dengan apa sahaja yang termampu oleh suami kita. Tak apa tak dapat makan mewah asalkan duit yang ada mampu untuk makan sebulan sebelum dapat gaji next month.

PART 4 ~ ‘KASIH SAYANG’

Sebenarnya part ni lah yang kaum wanita / isteri paling sensitif. Jiwanya akan memberontak bila terasa kurang sehingga terpancar pada setiap tindak tanduknya. Maklumlah…Isteri ingin sentiasa dibelai oleh suami, ingin dilayan seperti kanak-kanak kecil.

Bagi wanita / isteri tiada kompromi dalam bab kasih sayang. Umpama sebuah kereta…minyaknya perlu sentiasa penuh. Kalau tak penuh pun perlu sentiasa ada…sekiranya tidak kereta tidak dapat berjalan / berfungsi.

Begitu jugak dengan kasih sayang dari seorang suami…mungkin selepas kahwin suami tidak dapat bagi sepenuhnya kasih sayang sebab terpaksa berkongsi dengan anak-anak, tapi perlu sentiasa ada untuk si isteri. Bagi peluang untuk isteri merasa bahagia dengan kasih sayang suami setelah penat seharian menjaga anak dan menguruskan rumah tangga. (kenyit mata tanda setuju! Hehehe)

Lepas ni kita jangan merungut lagi ek wahai si isteri semua. Suami kita adalah yang terbaik untuk kita kerna ia pemberian dari Allah. Mari kita renung maksud hadis ni!

'Sebaik-baik wanita apabila diberikan sesuatu dia bersyukur, apabila tidak diberikan apa-apa dia bersabar...juga yang menyenangkan hati suami serta mentaatinya bila suami menyuruhnya"

Gambar kat bawah ni so suwitttttttttttttt!

 U r my prince...u r my princes


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome