Assalamualaikum....
Macam malas nak ber'post...internet slow sangat. Nak upload gambar pun tersekat-sekat. Tapi kena kuatkan semangat jugak ni sebab tak nak bagi Blog keluargaKECILkami ni bersarang tak ber'entri kan. Tuan rumah ada, tapi pemalaskan...macam tu lah jadinya. Hehehe...Ibu ammar sila jangan malas!
Hari ni nak cerita pasal puting botol susu ammar yang membawa kegembiraan kepada ibunya. Hehehe...terima kasih ammar.Tetiba jer!....
Jumaat~2 hari lepas pergi town semata-mata nak cari puting botol susu ammar. Memang dari kecil ammar guna puting yang X CUT. Yang berlubang tu memang tak pernah bagi dia guna. Takut tersedak...Tau tak X CUT tu macam mana? Jap ea..ibu ammar uploadkan gambar :-)
Haaaaaa....inilah dia.
Bagi ibu ammar...yang berbentuk x tu lebih selamat untuk digunakan sebab bila dia hisap barulah susu tu akan keluar...bila dia tertidur,susu tu akan stop walaupun botol susu masih dimulut. Berbeza dengan yang berlubang tu...susu akan mengalir tanpa non-stop. Kalau anak kita tertidur...mungkin akan tersedak.So, better pakai yang X CUT tu :-)
Nak dijadikan cerita...puting yang X CUT tu memang tak ada dekat area sini. Kehabisan stok agaknya...semua kedai dah pergi cari tapi tak ada. Petang jumaat tu decide...kena pergi town jugak untuk cari puting tu. Bolehlah ibu ammar jalan-jalan sekali kan. Ituah bertuahnya badan kalau ada anak.
Ammar dah besar sebab dah boleh duduk macam ni.Happy ibu & ayah :-). Jadi lepas ni senaglah ibu & ayah nak shoppingkan. Tapi masih kena pantau sebab badan dia asyik nak terbalik ke kiri...ke kanan.
Bila dah jumpa puting tu...terus ayahnya beli banyak-banyak buat stok. Maknanya lepas ni tak ada lah alasan nak pergi jalan lagi kan.Sob..sob. Ayah ammar memang pandai!!