marah sampai anak merana


Assalamualaikum

 
Ibu ammar nak share satu story yang sedih sangat. Sediakan tisu siap2 yep!

Anak perempuan tunggal sepasang suami isteri ini berusia 3 tahun setengah. Kedua-dua ibu bapanya bekerja. Maka,dia ditinggalkan kepada pengasuh untuk dijaga.Malangnya pembantu rumah itu sentiasa sibuk dengan kerja-kerja rumah dan terpaksa membiarkan si anak ini bermain keseorangan.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi lakaran tersebut tidak kelihatan kerana ia diperbuat daripada marmar. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Lakarannya jelas..

 Apa lagi...kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa & ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu & ayahnya,gambar sendiri,lukisan ayam,kucing dan sebagainya mengikut imiginasinya.Kejadian itu langsung tidak disedari oleh pembantu rumah.

Apabila ayah & ibunya pulang...mereka terkejut melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. 

Si bapa terus menjerit,

"Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak mendengar jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighafar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras padanya, dia terus mengatakan,

"Tak tahu".

" Duduk dirumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik dan dengan penuh manja ia berkata,

"Ita buat ayah..cantikkan!"

Ita menerkam ayahnya seperti selalu untuk bermanja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.


Si anak yang tidak mengerti apa-apa terlolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan si ayah memeukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.


Pembantu rumah melopong, tidak tahu nak buat apa. Si bapa cukup rakus memukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu masuk ke bilik.


Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu.



"Sapukan minyak gamat tu!"


Pulang dari kerja dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. 3 hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.


"Ita demam..." jawab pembantunya ringkas.

'Bagi minum panadol tu," balas si ibu.



Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.


"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap". Kata majikannya itu.


Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan supaya dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik, doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.


"Tiada pilihan"


Doktor mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.


"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah'. Kata doktor.


Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.


Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius habis si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah..mama..Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat.
Ita sayang abah..sayang mama".

Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayangkan Kak Narti.." Katanya sambil memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.


"Abah..bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil..Ita janji Ita tak buat lagi!
Ita nak makan macam mana?nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,"


Katanya bertalu-talu.


Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir sudah terjadi, tiada manusia yang dapat menahannya :-(




Nangis-nangis jugak...hope cerita ni boleh dijadikan sebagai pengajaran buat kita dalam mendidik anak. Ingatlah tatkala marahkan anak sesungguhnya ia amanat dari Allah. Jaga & didiklah ia sebaik mungkin kerna kita akan bersoal jawab dengan Allah bagi setiap zuriat yang kita lahirkan.


Ini pula peringatan untuk siapa-siapa sahaja yang masih mempunyai ibu & bapa walaupun yang dah berkahwin. Peringatan untuk diri sendiri jugak!







 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome