Assalamualaikum...
Pagi yang nyaman...Alhamdulillah,diberi peluang untuk sehari lagi menikmati keindahan bumi Allah.Kenapa sehari lagi? kenapa tak 2 3 hari? kenapa tak 2 3 tahun? Sebab ajal maut di tangan Allah. Kita tak tahu bila ajal kita kan. Mungkin esok kita dah tak ada..
Kalau cakap pasal MATI mungkin suasana jadi tidak nyaman lagikan. Amal belum cukup untuk bekalan. Sob..sob.STOPPPPPPPPPPPP!
Sebenarnya....sebenarnya dan sebenarnya.Hehehe...Nak share satu story tentang suami saman isteri sebab lahirkan anak 'hodoh'.
Dapat anak yang hodoh sebab berayahkan bapa yang bodoh.Sungguh tidak sopan penulisan ibu ammar di pagi hari ni yer. Sory...sory. Tapi geram betul...ada jugak suami yang macam ni.Mungkin tidak patut geram kot sebab diorang bukan Islam so diorang tak dididik dengan Qada & Qadar.
Meh kita pakat baca story dioarang ni.
Seorang
suami telah bercerai dan menyaman isterinya kerana melahirkan anaknya yang hodoh.
Pasangan tersebut telah dijodohkan atas dasar cinta. Namun sejurus
selepas kelahiran bayi mereka, Jian Feng, si suami menyedari bahawa
anaknya yang baru dilahirkan benar-benar hodoh. Dia segera menuduh
pasanganya itu curang kerana melihat daripada rupa bayi tersebut, memang
tiada serupa dengan muka dia dan pasangan.
Lalu isterinya menegaskan bahawa bayi tersebut kelihatan seperti dia
ketika sebelum melakukan pembedahan muka. Dia mengaku telah melakukan
pembedahan plastik berjumlah $ 100,00 ribu sebelum berkahwin dengan
Feng.
Rupa bekas isterinya sebelum dan selepas melakukan
pembedahan. Menurut sumber, Feng menyaman isterinya kerana berbohong.
Dan keputusannya, mahkamah menjatuhkan hukuman denda terhadap tertuduh
sebanyak $ 120,000 ribu. – Webberita
Sungguh tidak patutkan........Bukan senang mengandungkan anak selama 9 bulan, dibawa ke hulu ke hilir, alahan lagi. Sakit melahirkan belum hilang dah disaman sebab lahirkan anak yang hodoh. Dituduhnya pulak bayi tu hasil hubungan dengan lelaki lain. Kalau kita lah...dah meroyan agaknya yek......Nauzubillahminzalik.
Itulah lelaki ni kan...nak perempaun yang cantik-cantik je. So, yang tak cantik nak campak mana.Kenalah buat pembedahan plastik untuk bagi nampak cantik...Kalau tak confirm si Jian Feng ni tak nak punya dengan wife dia tu.
Bila dah lahir baby...takdanya bayi tu jadi macam rupa ibu selepas pembedahan plastik. Ikut gen asal lah kan.Itulah kekuasaan Allah...tiada siapa yang boleh ubah kejadiannya.
Pengajaran untuk kita semua, hodoh ker cantik ker...itu semua ciptaan Allah. Kita sebagai manusia tiada hak walau sebesar kuman untuk mengkritik. Setiap insan yang lahir ke dunia ada kelebihannya yang tersendiri.
p/s: Dalam kita membilang kekurangan anak kita...ingatlah pada pasangan yang berkahwin berbelas tahun tetapi tidak dikurniakan zuriat. Sekurang-kurangnya kita diberi peluang untuk merasai nikmat menjadi 'ibu & bapa'