jumaat yang hoorey ! ~ 2.11.2012

Assalamualaikum...

Jumaat yang hoorey ~ title post pun dah buat hati berbunga-bungakan. Kenapa hoorey??? sebab hari jumaat yang boleh keluar jalan-jalan. Hehehe..siapa yang tak suka jalan-jalan kan..

Keluar jalan-jalan selepas pergi  makan gulai/kenduri kahwin dekat rumah abang ipar. Sambil menyelam...sambil minum air lah ni. Tapi kalau tak betul sistem pernafasan mungkin akan lemas kan. Hehehe...ntah apa-apa ibu ammar ni.

Jalan dekat mana? 
Bawak ammar jalan dekat pantai. Sungguh excited bila sekali sekala dapat hirup udara pantai di waktu petang kan. Tapi sesi hirup udara pantai yang amat sopan sebab berbaju kurung sebab baru balik kenduri kan (sila abaikan perkataan 'sebab' kalau boring baca. Asyik sebab2 je kan) ~ redha asalkan boleh jalan-jalan. Hehehe.



Sila jangan boring ~ pose yang sama. Hehehe....sebab style macam ni jer yang boleh buat ammar duduk diam.



'Jalan-jalan gak tapi jangan lupa makan minum caye ibu'.
'Baik!!! menurut perintah.....'

Biskut Milna perasa buah-buahan campuran menjadi makanan pujaan Muhammad Ammar Muhaimin Sekarang.Kadang-kadang...belum sempat hancurkan biskut tu dengan air tapi mulut dia dah nganga.'Terima Kasih umi (mak saudara) sebab bagi caye try makan ni...kalau tak,ibu caye tu asyik bagi makan nestum je. Tak ada variasi langsung'

Best bagi makan ammar time ni sebab dia dah ralit tengok orang main ATV Motor. So, bila mulut dia asyik duk nganga je. Hehehe.

Kenal tak ATV Motor? haaaaaaaaaa....ni rupenyer!


Minat motor anak ibu ni.....Bila dah siap bagi ammar makan..bersiap-siap untuk balik sebab dah agak lewatkan.On The Way balik tu, singgah Drive Thru McD ,Semata-mata nak beli benda ni....Choco Top


Fuuuiiiiihhhhhhhhh.....best sangat aiskrim ni. Boleh mengigau mimpikan dia..

Sampai rumah sambil tersenyum. Best-best..Harapkan jumaat-jumaat seterusnya menjadi jumaat yang hoorey lagi :-)



 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome