nikmat mentaati suami

Assalamualaikum...

Tergerak hati ibu ammar untuk share tentang 'berkat mentaati suami'...kisah yang diceritakan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Benda ni normal lah kita dengar kan....'seorang isteri tidak dibenarkan keluar tanpa izin suami'.

Tapi berapa orang yang ambil kisah tentang ni? Ibu ammar cuba mengamati keadaan disekeliling...ramai isteri yang alpa. Alpa bermakna tidak takut akan murka Allah. Ibu ammar juga isteri yang tidak sempurna tapi lebih baik kiranya kita saling mengingati.

Seorang isteri tidak dibenarkan keluar tanpa izin suami walaupun:
  1. Ingin menziarahi ayah @ ibunya yang sakit
  2. Ibu yang menyusukannya menyatakan 'aku tidak akan menghalalkan susu yang engkau minum dari badanku walaupun setitik sekiranya engkau tidak hadir ke sini'.
Tetap tidak boleh keluar!

Cuba kita ambil iktibar dari kisah ini:

Seorang suami yang ingin bermusafir meninggalkan pesan kepada si isteri agar tidak meninggalkan rumah selagi ia tidak kembali.Ayahanda si isteri telah jatuh sakit.

Maka, kerana terlalu ingin menziarahi ayahnandanya...si isteri menghantar wakil kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk bertanyakan hal tersebut. Nabi menyatakan tidak boleh!

Sakit tersebut melarat sehingga membawa kematian ayahandanya...si isteri sekali lagi menghantar wakil untuk menemui Rasullullah, namun jawapannya tetap sama. Si isteri tidak dapat melihat ayahandanya buat kali terakhir sehingga ayanhandanya selamat dikebumikan.

Namun..demi ketaatannya kepada suami..Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan kepada perempuan tersebut bahawa 'Malaikat Jibrail telah memberitahu kepada Ku bahawa Allah telah mengampunkan segala dosa-dosa ayahandanya kerana ketaatannya'.

Indahnya kan!

Marilah kita sedaya upaya untuk taat kepada suami...mungkin iman kita tak seteguh wanita dalam kisah tu TAPI kita boleh berubah ke arah tu kalau kita nak.

Tak rugi taat pada suami kerana Allah telah bersabda 'burung di langit dan ikan di laut akan beristighafar kepada Allah S.W.T agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita tatkala kita taat pada suami.  




 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome