perlu ke war-war kan hutang sendiri?


Assalamualaikum..

Perlu ke kita war-war kan @ hebohkan hutang kita sendiri?. Adanya yang menganggap menwar-warkan hutang seperti membuka pekung didada. Tapi bagi ibu ammar,ianya PERLU!. Kenapa PERLU?

Ia perlu kerana seandainya ajal kita telah sampai..kita tidak berpeluang lagi untuk berpesan dekat sapa2 tentang hutang kita.War-war kan disini bukan bermaksud kita bagitahu semua orang yang kita berhutang dengan si polan mana okey.. Dalam hidup kita mesti ada seseorang yang kita percayai..kalau tidak percaya 100% pun mungkin 99.9% kan.Contohnya seorang isteri mesti percayakan suaminya kan. Bagi yang belum kahwin pula ibu dan ayah.

Jadikan mereka sebagai tempat untuk share benda-benda yang peribadi ni. Jangan malu untuk berkongsi kerana dalam dunia sekarang ni hampir semua orang berhutang dan kesan hutang tu amatlah pedih bukan sahaja didunia tapi dibawa ke akhirat.

Salah satu kesan yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan dan ahli-ahli waris tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: “Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Jadi, sekiranya kita berhutang adalah lebih baik sekiranya kita buat note di handphone dan war-war kan kepada suami atau ibu bapa bagi yang belum kahwin tentang hutang kita. Sekiranya kita dijemput ilahi...memudahkan keluarga untuk membantu menyelesaikannya.

Jangan sesekali ambil ringan tentang hutang...rm0.01 pun tetap dianggap hutang. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan pembaca. 

Ya Allah engkau kurniakan kesihatan yang baik dan elakkan diriku dari kesulitan agar aku boleh mencari rezeki untuk melunaskan semua hutang-hutangku. Amin Ya Rabbal Alamin  :-)


Sangat terharu melihat ayah ammar mencari setiap kawan ibu mertua untuk bertanyakan 
   hutang selepas kematiannya. Sanggup berpanas dan berhujan, siang dan malam..ada yang 
   menerima bayaran  dan ada pula yang menghalalkannya sahaja. Semoga Allah merahmati 
   niatnya...dan semoga anak tersayang Muhammad Ammar Muhaimin menurut kebaikan 
   ayahnya.



 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome